Laporan Kajian QAP
Intervensi Pengurangan Peratus Anemia Dikalangan Ibu Hamil Pada Usia Kandungan 36 Minggu Di Daerah Setiu
Di sediakan oleh
Jawatankuasa QAP Pejabat Kesihatan Daerah Setiu
Sempena:
Konvensyen QAP Peringkat Negeri Terengganu
7-8hb Jun 2005
Abstrak Kajian QAP
Tajuk: Intervensi Pengurangan Peratus Anemia Dikalangan Ibu Hamil Pada Usia Kandungan 36 Minggu Di Daerah Setiu
Senarai Ahli Kumpulan:* Dr Suhazeli bin Abdullah, Dr Ahmad Fareed bin A. Rahman
PZM Shahrulnaz Norhazli bin Nazri, KJK Yang Bee Yang, KJK Ramlah bt Daud, JKA Maimon bt Zakeria, JKA Rokinah bt Sidek, JK Nik Rozilan bt Yaacob, JK Rokiah bt Abu Bakar, JK Rohanita bt Ngah, JK Rohhimah bt Mamat.
Pendahuluan: Anemia dikalangan ibu hamil adalah masalah global dan boleh meningkatkan morbiditi serta mortaliti. Anemia di kalangan ibu hamil merupakan salah satu dari indikator yang sentiasa di pantau oleh KKM. Di daerah Setiu, peratus kejadian anemia dikalangan ibu hamil meningkat secara mendadak dari 4.3% (2000) hingga 38.1% (2003). Nilai peratus yang tinggi inilah mendorong jawatankuasa QAP Daerah Setiu melakukan sesuatu.
Objektif: Mengurangkan peratus kejadian anemia dikalangan ibu hamil semasa usia kandungan 36 minggu.
Metodologi: Kajian hirisan lintang dari September 2004 hingga April 2005. Pengumpulan data dalam dua fasa, iaitu sebelum dan selepas intervensi berstrategi. Variabel terdiri dari bilangan ibu hamil anemia, pengetahuan anggota kesihatan dan pengendalian ibu hamil oleh anggota kesihatan. Data dimasukkan dalam SPSS versi 12.0 dan ujian diskriptif dijalankan ke atas sampel. Hasil kajian adalah dalam bentuk frekuensi.
Keputusan: Peratus kejadian anemia dikalangan ibu hamil semasa usia kandungan 36 minggu menurun dari 40% hingga 31.3% setelah intervensi berstrategi. Mengikut pecahan: Anemia sederhana 37.4% I, 29.5% II, Anemia teruk 2.6% I 1.8% II. Faktor-faktor yang dikenal pasti dalam subjek kajian, dapat diatasi dengan melakukan intervensi berstrategi sistematik. Antara faktor itu adalah: Pengetahuan, sikap dan amalan Anggota kesihatan 5% I, 84.2% II; Pengetahuan, sikap dan amalan ibu hamil 22.8%I, 28.1%II; pengurusan pengendalian pesakit berkesan 30.14 – 100%I, 52.4 – 100%II.
Kesimpulan: Peratus kejadian anemia dikalangan ibu hamil dapat dikurangkan melalui kaedah pendidikan kesihatan berjadual, pemberian hematinik yang konsisten, pembekalan pemakanan tambahan, meningkatkan mutu perkhidmatan penjagaan ibu hamil dan meningkatkan pengetahuan ibu hamil serta anggota kesihatan. Ianya mempunyai impak yang besar kepada status kesihatan ibu hamil dan perlu dicontohi oleh setiap daerah di Terengganu.
*Pejabat Kesihatan Daerah Setiu, Bandar Permaisuri, Setiu, Terengganu.
I – Sebelum Intervensi berstrategi Sistematik
II – Selepas Intervensi berstrategi Sistematik
Download Full article [PDF]
0 comments:
Post a Comment